Langgar etika, CEO Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dipecat

Langgar etika, CEO Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dipecat

CEO IIAC, Koo Bon-hwan didapati tidak adil dalam mengendalikan urusan peribadi mendorong kepada pemecatan beliau.

Koo Bon-hwan, dituduh melakukan kesalahan berkaitan isu peribadi dan melanggar etika berkaitan tindakan syarikat itu. (Gambar Bernama)
SEOUL:
Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pada Selasa memutuskan untuk memecat presiden dan ketua pegawai eksekutif Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Corp. (IIAC) atas tuduhan lalai dan melanggar etika, lapor Agensi Berita Yonhap.

Koo Bon-hwan, dituduh melakukan kesalahan berkaitan isu peribadi dan melanggar etika berkaitan tindakan syarikat itu dalam langkah pencegahan bencana taufan.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan dalam satu kenyatan berkata dalam siasatan kes itu yang bermula pada Jun, pihaknya mendapati Koo melanggar undang-undang operasi awam dan anti rasuah.

Pada 2 Oktober 2019, Koo dilaporkan meninggalkan sesi audit parlimen dengan alasan perlu melakukan persediaan bagi menghadapi bencana taufan, kemudian beliau didapati menggunakan kad kredit syarikat untuk membayar perjumpaan makan malam berdekatan rumahnya.

Koo juga didapati tidak adil dalam mengendalikan urusan peribadi antara faktor yang turut mendorong kepada pemecatan beliau, kata kementerian.

Dalam sidang media pada Jumaat, Koo berkata peguamnya akan mempertimbangkan untuk memohon injunksi jika kementerian membuat keputusan akhir untuk memecatnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.