
Kacang Panjang atau nama santifiknya Vigna Sesquipedalis, merupakan sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat. Sayuran ini bukan hanya sedap dimakan tetapi memiliki pelbagai manafaat kepada kesihatan.
Ia mempunyai khasiat dan zat permakanan kepada kesihatan seperti karbohidrat, protin dan serat. Kacang panjang segar merupakan salah satu sumber asid folik terbaik. Ia juga mengandungi anti-oksidan yang penting untuk tubuh seperti vitamin C, riboflavin dan beta karotin.
Khasiat kacang panjang:
- Mempunyai vitamin C, anti-oksidan yang membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan infeksi dan menjaga keanjalan pembuluh darah.
- Ia juga merupakan sumber yang sangat baik dari Vitamin A. Vitamin A berperanan mempertahankan kekuatan jaringan lapisan kulit dalam, mencerahkan rona kulit dan mempertajamkan penglihatan pada waktu malam.
- Serat yang tinggi di dalam kacang panjang merupakan pektin yang berperanan sebagai serat larut yang berfungsi menstabilkan kadar gula dalam darah.
- Kacang panjang memiliki protin nabati (lemak) yang dapat membantu memenuhi keperluan protin di dalam tubuh.
- Kandungan kalsium di dalam kacang panjang juga adalah baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang lebih kuat dan sihat.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]