Angka korban Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 1 juta

Angka korban Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 1 juta

Korban di seluruh dunia sehingga kini seramai 1,000,555.

Sehingga kini Amerika Syarikat mencatat lebih 200,000 kematian akibat Covid-19. (Gambar AP)
MOSCOW:
Jumlah kematian global akibat Covid-19 sudah melepasi sejuta orang, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Johns Hopkins University, korban di seluruh dunia sehingga kini seramai 1,000,555 dengan 33,273,720 kes disahkan dan 23,056,480 kes pulih.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Menurut badan kesihatan global itu, jumlah kematian di seluruh dunia sudah melebihi 996,000 orang, dengan bilangan kes 33,034,598.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.