5 sifat wanita seksi di mata lelaki

5 sifat wanita seksi di mata lelaki

Seksi adalah subjektif dan boleh dinilai dalam pelbagai bentuk.

Penampilan wanita yang yakin terhadap diri sendiri adalah satu keseksian bagi lelaki. (Gambar Rawpixel)

Seksi, sangat subjektif. Seksi boleh dinilai dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya bentuk tubuh, seksi juga boleh diungkap dari segi percakapan, gerak tubuh atau juga keyakinan yang ada dalam diri seseorang itu.

Kebanyakan lelaki memang suka wanita seksi tetapi seksi yang bagaimana menjadi pilihan mereka? Mungkin fakta di bawah adalah seksi yang dimaksudkan lelaki.

1. Wanita yang yakin terhadap diri sendiri

Bukan semua orang ada keyakinan terhadap diri sendiri. Wanita yang mempunyai sifat ini adalah seseorang yang berharga. Dari sifat yakin itu akan menyerlah ke penampilannya. Inilah yang menjadikan wanita itu seksi dan menjadi penarik buat lelaki.

2. Wanita yang menggembirakan

Hidup ini penuh dengan tekanan dan lelaki tentu sahaja ingin relaks bila bersama wanita kesayangannya. Wanita yang sentiasa menggembirakan, suka berjenaka dan sentiasa menyenangkan adalah seksi bagi sesetengah lelaki.

3. Wanita yang sentiasa sibuk

Pelik bukan tetapi kadang-kala inilah realitinya. Ada lelaki yang menganggap wanita yang sentiasa sibuk itu seksi. Sibuk dengan kerjaya, hobi dan aktiviti hujung minggu. Mungkin bagi lelaki, wanita seperti ini penuh dengan wawasan dan itu adalah seksi.

4. Wanita yang kuat

Lelaki suka wanita yang mempunyai sifat kuat menghadapi apa juga masalah yang dihadapi. Wanita yang kuat akan menepis perkara-perkara yang membebankan buat lelaki. Wanita seperti ini mempunyai prinsip dan nilai-nilai dalam hidup.

5. Wanita yang bahagia

Walau ditimpa masalah tetapi dia tetap merasa bahagia dan bersyukur. Wanita ini tidak mudah mengeluh dan merasa sentiasa bahagia dengan cara hidupnya. Bagi lelaki wanita seperti ini boleh diharap dan seksi dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. Wanita seperti ini juga menjadi dambaan ramai lelaki.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.