‘Anak Muda’ protes Yang di-Pertua lewat lantik ketua menteri

‘Anak Muda’ protes Yang di-Pertua lewat lantik ketua menteri

Kumpulan itu berkata rakyat Sabah risau kerana masih belum mempunyai kerajaan walaupun Pilihan Raya Negeri sudah 2 hari berlalu.

Jurucakap kumpulan itu Ashari Japari berharap pihak istana tidak terbabit dalam politik berikutan kelewatan melantik ketua menteri Sabah yang baharu.
KOTA KINABALU:
Kira-kira 20 individu menggelarkan diri mereka sebagai “Anak Muda” berkumpul di Lintasan Desoka bagi memprotes kelewatan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin memanggil calon ketua menteri mengangkat sumpah.

Kumpulan itu dilihat berkumpul sambil memegang sepanduk mengkritik Yang di-Pertua Negeri.

“Kami menyeru TYT (Tuan Yang Terutama) menjalankan tanggungjawabnya (melantik ketua menteri).

“Kami menghormati perlembagaan negeri jadi kami harap proses ini (pelantikan ketua menteri) diselesaikan segera,” kata jurucakap kumpulan itu, Ashari Japari ketika ditemui.

Beliau berkata, rakyat Sabah risau kerana masih belum mempunyai kerajaan walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah 2 hari berlalu.

“Kami juga berharap pihak istana tidak terbabit dalam politik ini,” katanya.

Terdahulu, kumpulan terbabit mula berkumpul pada 2 petang sebelum beredar selepas diarahkan polis, kira-kira 20 minit kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.