Rakyat Sabah undi perkukuh hubungan pusat, negeri, kata Azmin

Rakyat Sabah undi perkukuh hubungan pusat, negeri, kata Azmin

Dalam pilihan raya semalam, GRS yang terdiri daripada PN, BN dan PBS menang 38 daripada 73 kerusi sekali gus berjaya menubuhkan kerajaan negeri baru.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan pengundi Sabah menggambarkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
PETALING JAYA:
Sehari selepas memenangi pilihan raya negeri (PRN) Sabah, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali berkata, pengundi memilih untuk memperkuat kerjasama kerajaan pusat dan negeri.

Menteri perdagangan antarbangsa dan industri itu berkata, keputusan itu juga menunjukkan kematangan rakyat Sabah dalam “menjunjung semangat federalisme demi kemakmuran negeri” dan kesejahteraan rakyat.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah jelas membuktikan mereka memilih kerajaan yang prihatin, inklusif dan menjamin kedaulatan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmin berkata, keputusan itu juga membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri serta muafakat dan kerjasama rapat dalam Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, kerajaan akan memikul mandat rakyat untuk membangunkan negeri Sabah walaupun berdepan wabak Covid-19, selain memberi jaminan mereka bakal menikmati pembangunan yang inklusif, saksama dan berkualiti.

“Kemenangan ini pastinya akan menyemarakkan lagi kerjasama lebih utuh dalam Perikatan Nasional bagi menggembleng dukungan rakyat di seluruh negara,” katanya.

Dalam pilihan raya semalam, GRS yang terdiri daripada PN, BN dan PBS menang 38 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan sekali gus berjaya menubuhkan kerajaan negeri baru.

Warisan Plus menang 32 kerusi, sementara bakinya dikuasai oleh calon Bebas.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.