Lelaki, tolong jangan selekeh!

Lelaki, tolong jangan selekeh!

Tiada siapa yang ingin keluar dengan lelaki pengotor dan berbau.

Lelaki yang bergaya, bersih, kemas dan berkeyakinan sering mencuri tumpuan wanita. (Gambar Freepik)

Kebanyakan lelaki selalu mengambil mudah rutin penjagaan diri. Remeh bagi mereka tetapi sebenarnya penting buat wanita. Ini kerana wanita bukan hanya tertarik kepada lelaki bergaya tetapi yang bersih, kemas dan berkeyakinan selalu menjadi perhatian. Tiada siapa yang ingin keluar dengan lelaki pengotor dan berbau.

Ini tips untuk lelaki menjaga penampilan dan mungkin dapat mencuri perhatian wanita diluar sana.

1. Jaga kebersihan diri – mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan pastikan badan sentiasa bersih. Jika badan anda berbau, gunakan produk anti-peluh bagi mengurangkan pengeluaran peluh. Jangan lupa pakai ‘deodoran’ apabila keluar rumah.

2. Mulut – Pastikan anda menggosok gigi dua kali sehari. Jangan lupa bersihkan lidah untuk mendapatkan nafas yang lebih segar. Elakkan menghisap rokok dan minum minuman yang berkafien.

3. Kuku – Pastikan kuku sentiasa pendek. Jangan menggigit kuku dan elakkan menyimpan kuku yang panjang terutama kuku kelingking. Ingat! wanita geli melihat lelaki berkuku panjang dan hitam.

4. Rambut – jangan simpan rambut panjang jika tidak tahu menjaganya. Gunakan syampu yang betul untuk mengelakkan rambut berkelemumur dan rosak. Rambut yang kemas dan tidak berbau menjadikan penampilan anda lebih bergaya

5. Jaga penampilan kulit – Bukan wanita sahaja, tetapi lelaki juga perlu mengamalkan aplikasi membersih, menyegar dan melembap setiap hari.

6. Jambang dan misai – jika anda ingin menyimpan misai dan janggut, pastikan ia sentiasa di’trim’ agar nampak kemas.

7. Senaman – Luangkan masa untuk melakukan senaman ringkas setiap hari. Tubuh yang sihat akan memberikan anda lebih tenaga untuk melakukan sesuatu kerja sekaligus membuatkan anda lebih yakin untuk memulakan hari anda.

8. Pakaian yang sesuai – pastikan pakaian yang anda pakai, sesuai dengan aktiviti atau majlis yang dihadiri. Jangan pakai kasut yang kotor atau memakai selipar apabila berada di khayalak ramai.

9. Berbudi bahasa – wanita pasti ‘cair’ melihat lelaki yang berbudi bahasa dan ‘gentleman’. Sentiasa bersabar dan hormat setiap orang yang ada di sekeliling anda.

10. Rehat – dapatkan rehat yang cukup. Mereka yang tidur awal waktu pasti akan bangun dalam keadaan yang gembira keesokan hari. Rehat yang cukup juga dapat mengembalikan keserian wajah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.