
Menurut laporan South China Morning Post, bekas leftnan jeneral Wang Hongguang pada Rabu mengeluarkan amaran tersebut dalam artikel yang dipaparkan di akaun media sosial yang berkaitan dengan hal ehwal pertahanan.
“India hanya memerlukan 50,000 tentera untuk mengekalkan garisan kawalan sebenar. Tetapi sekarang, India bukan sahaja tidak menarik balik tenteranya sebelum datang musim sejuk, tetapi menambah 100,000 anggota tentera di Ladakh,” kata Wang yang merujuk kepada pertikaian sempadan China-India.
“India menggandakan atau menambah 3 kali ganda bilangan tenteranya berdekatan garisan kawalan sebenar; hampir kesemua mereka bertempat dalam jarak 50km dari wilayah China dan boleh menyeberang masuk dengan mudah dalam beberapa jam.”
Wang adalah bekas timbalan panglima \ Kawasan Ketenteraan Nanjing, yang sekarang adalah sebahagian ‘Eastern Theatre Command’.
Beliau tidak memberi sebarang sumber untuk membuktikan bilangan tentera tersebut.
Beliau berkata, risiko tercetusnya konflik kini meningkat dan “insiden” di Selat Taiwan serta pilihan raya presiden AS yang akan datang kemungkinan akan memberi peluang kepada India untuk “melakukan sesuatu yang besar”.
Beliau berkata, tentera China tidak boleh menanggung akibat kurangnya kewaspadaan sebelum pertengahan November.