KEMASKINI: Beberapa pemimpin tinggi Upko tumbang

KEMASKINI: Beberapa pemimpin tinggi Upko tumbang

Presiden, setiausaha agung, bendahari agung, dan ketua Pemuda dikatakan kalah.

KOTA KINABALU: Beberapa pemimpin tertinggi Upko kalah selepas kiraan kerusi selesai, termasuk Presiden Wilfred Madius Tangau.

Beliau tewas kepada calon PBS, Joniston Bangkuai.

Begitu juga Setiausaha Agung Nelson W Angang (Kuala Penyu), Bendahari Agung Laurentius Nayan Ambu (Tambunan), dan Ketua Pemuda Felix Joseph Saang (Telupid).

Pengundi Kadamaian bagaimanapun berpihak kepada Naib Presiden Ewon Benedick, yang menewaskan lawannya dari PBS, Demis Rumanti.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.