
LAHAD DATU: Pemimpin Warisan, Mohamaddin Ketapi, yang dikecam pelbagai pihak atas kenyataan berkait isu peristiwa pencerobohan Lahad Datu, terpilih sebagai wakil rakyat baharu bagi DUN Segama.
Beliau meraih 4,864 undi dengan majoriti 2,168 undi.
Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (2,696), Parti Gagasan Rakyat Sabah (135), Independent (510), Parti Cinta Sabah (570), Liberal Democratic Party (67), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (399), dan USNO (39).
Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah