Gunung Ledang, hutan lagenda yang harus dilawati

Gunung Ledang, hutan lagenda yang harus dilawati

Di sini juga popular dengan Hutan Lipur Gunung Ledang sentiasa menjadi tarikan pelancong baik di dalam mahu pun luar negara.

Gunung Ledang merupakan hutan yang dikatakan kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan yang sukar ditemui di dunia.

Bercakap tentang Gunung Ledang, pasti akan dikaitkan dengan kisah Puteri Gunung Ledang yang wujud sejak zaman-berzaman.

Legenda menceritakan puteri berkenaan dikatakan mempunyai rupa paras jelita menjaga Gunung Ledang dan ‘dipercayai’ masih mendiami gunung itu hingga hari ini.

Gunung Ledang merupakan sebuah gunung yang terletak di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, kira-kira 15km dari bandar Tangkak dan Lebuh Raya Utara Selatan.

Dengan ketinggian 1,276meter, ia merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Berada di atas gunung, anda dapat melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.

Gunung Ledang merupakan hutan yang dikatakan kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan yang sukar ditemui di dunia.

Air terjun Hutan Lipur Gunung Ledang sentiasa menjadi tarikan pelancong di dalam dan luar negara.

Di sini juga popular dengan Hutan Lipur Gunung Ledang sentiasa menjadi tarikan pelancong baik di dalam mahu pun luar negara. Suasana damai kehijauan hutan dan desiran air terjun beberapa tingkat di tambah bunyi sang unggas benar-benar mengasyikkan.

Di dalam Hutan Lipur Gunung Ledang ini terdapat beberapa kolam dan menjadi pilihan tempat perkelahan sekeluarga untuk beristirehat.

Gunung Ledang mempunyai banyak keistimewaan yang perlu diterokai. Bagi yang bercadang mendaki gunung ini boleh melalui anak tangga dan menyusuri akar-akar pokok hingga ke kemuncak Gunung Ledang.

Menyusuri setiap ketinggian, anda akan berpeluang melihat pokok-pokok yang berusia 100 tahun, selain flora dan fauna dari pelbagai spesis di dunia. Salah satunya darinya adalah ‘Orkid Selipar’ yang hanya boleh di dapati di Gunung Ledang sahaja.

Selain itu, di sini turut kaya dengan pokok herba dan akar kayu yang dipercayai boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.

Di keliling puncak Gunung Ledang terdapat tujuh lagi puncak gunung yang rendah dan setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.

Info ringkas tentang pendakian Gunung Ledang

Untuk mendaki Gunung Ledang, perjalanan hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam. Sekiranya tidak mahu bermalam, anda boleh mendaki dan pulang semula ke kaki gunung. Setiap pendakian perlu bersama jurupandu Taman Negara.

Harga tiket untuk mendaki gunung:

Warganegara Malaysia: RM152.00
Pelancong warga asing RM218.00

Harga tiket untuk mandi air terjun:

  • Dewasa: RM1.00
  • Kanak-kanak: RM0.50
  • Parking Kereta: RM2.00
  • Jika anda ingin mendaki, boleh ke gate B (Taman Negara)
  • Jika ingin ke tapak air terjun, masuk ikut gate A.

Pengidapan berdekatan: Gunung Ledang Resort

Tempat menarik lain yang boleh dilawati:
Kolam Puteri Gunung Ledang dan beramah mesra dengan orang asli.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.