Gigi Hadid dan Zayn Malik sambut cahaya mata sulung

Gigi Hadid dan Zayn Malik sambut cahaya mata sulung

Berita gembira itu dikongsi pasangan selebriti Hollywood itu di akaun media sosial masing-masing.

Gigi berkongsi berita gembira kelahiran anak sulungnya di Instagram. (Gambar Instagram Gigi Hadid)

Model antarabangsa, Gigi Hadid dan penyanyi terkenal, Zayn Malik kini bergelar ibu bapa apabila pasangan itu menyambut cahaya mata pertama mereka pada Khamis lalu.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Gigi, 25, di akaun media sosialnya.

“Anak perempuan kami telah selamat dilahirkan dan dia sudah mengubah kehidupan kami,” katanya.

Sementara itu, bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn akui sukar untuk menggambarkan keterujaan setelah bergelar bapa.

“Anak perempuan kami selamat dilahirkan dengan sihat dan cantik. Sukar untuk saya jelaskan perasaan saya pada ketika ini.

“Rasa sayang saya pada si kecil ini sukar untuk digambarkan. Saya gembira dengan kelahiran puteri saya serta bersyukur dengan kehidupan mendatang yang akan kami jalani bersama,” tulisnya di Instagram.

Sekitar April lalu, Gigi dilaporkan hamil anak pertama bersama pasangannya yang juga penyanyi, Zayn Malik namun mereka hanya mengunci mulut mengenai perkara itu.

Sepanjang tempoh perintah berkurung (lock down) akibat wabak Covid-19, Zayn tinggal bersama Gigi Hadid dan keluarganya di Pennsylvania.

Pasangan itu dilaporkan kembali bercinta selepas mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan pada Januari 2019.

Gigi, 25, atau nama sebenarnya, Jelena Noura Hadid adalah model Amerika-Palestin, manakala Zayn, 27, atau nama sebenarnya Zain Javadd Malik adalah rakyat Britain berketurunan Pakistan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.