
Katanya, pemalsuan itu dikenal pasti menerusi sistem ketika syarikat berkenaan membuat permohonan untuk 14,800 pekerja dengan RM31 juta subsidi.
Beliau berkata, kementeriannya turut menerima aduan 89 majikan menerima subsidi upah berjumlah RM670,000, tetapi tidak membayar 846 pekerja mereka setakat ini.
“Semua yang dikenal pasti ini akan berdepan tindakan disenarai hitam dan kini siasatan dijalankan bagi proses tindakan mahkamah kepada majikan yang terlibat,” katanya selepas merasmikan Program Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) peringkat Johor hari ini.
Program subsidi upah diperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lalu.
Dalam perkembangan lain, Saravanan berkata, kementeriannya mengunjurkan kadar pengangguran terus menguncup daripada 4.7% pada Julai lalu kepada 4.5% menjelang hujung tahun ini.
“Ini dapat dilihat menerusi HRDF yang sudah menerima 9,000 permohonan setakat hari ini dan proses kelulusan akan dibuat secara berperingkat.”