SUPP mahu SPR beri arahan lebih jelas berhubung promosi logo parti

SUPP mahu SPR beri arahan lebih jelas berhubung promosi logo parti

SUPP berkata ia mempromosi logo partinya bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat di peringkat bawah.

SUPP kini mempromosi logo GPS supaya orang ramai tidak keliru dengan logo parti lain yang juga menggunakan simbol burung enggang. (Gambar Facebook)
KUCHING:
Seorang pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menuntut arahan lebih jelas daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai promosi logo parti tersebut.

Timbalan ketua cawangan SUPP Kuching Bong Lian Huan berkata, parti itu mempromosi logo parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat di peringkat bawah.

“Logo GPS dilancarkan 2 tahun lepas dan baru-baru ini, parti lain berkata, mereka akan menggunakan burung enggang sebagai simbol parti itu dalam pilihan raya negeri yang akan datang,” kata beliau, merujuk kepada Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Pada Isnin, Julian Tan, penolong khas kepada pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, membuat laporan polis terhadap pengerusi SUPP Kuching Lily Yong.

Tan, yang juga bekas ahli Parlimen Stampin berkata, Yong melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan menggantung poster yang menyerupai kertas undi pada dinding sebuah kedai makan.

Bong bagaimanapun berkata, poster tersebut tidak menyerupai kertas undi.

“Kami juga tidak berniat supaya ia menyerupai kertas undi,” kata beliau kepada FMT.

“Setelah DAP menjadikannya, kami berharap akan ada arahan lebih jelas daripada SPR berhubung promosi logo parti.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.