
Buah zaitun, buahnya kecil tetapi khasiatnya besar. Ianya kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Melalui kajian sains mengatakan buah zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan baik untuk dalaman mahu pun luaran.
Selain berkhasiat, buah zaitun juga dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit dan sering digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk kecantikan.
Buah zaitun yang diproses menjadi minyak memberi pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kandungan vitamin E dalam buah zaitun dikatakan dapat meremaja dan menjaga kelembapan kulit.
Buah zaitun juga sering digunakan masyarkat Itali dalam penyediaan sajian mereka.
Khasiat minyak Zaitun kepada rambut
Minyak zaitun dapat membantu menyuburkan rambut dan menjadikannya kelihatan hitam dan lebat secara semulajadi.
Ratu Cleopatra menjadikan minyak zaitun sebagai bahan campuran dalam penggunaan syampu. Ia dikatakan dapat menghilangkan kelemumur.
Minyak zaitun juga dapat merawat rambut kering dan rosak. Hanya oleskan minyak pada akar dan helaian rambut. Untuk membantu minyak meresap ke seluruh rambut, urut perlahan-lahan selama lima minit kemudian bungkus rambut dengan tuala dan biarkan selama 20 minit. Akhiri dengan bilasan syampu.
Khasiat minyak zaitun pada wajah
Minyak zaitun mempunyai kandungan minyak sebanyak 15% dan mampu membantu melembapkan kulit. Kelembapan tersebut akan memelihara keanjalan kulit sekali gus mengurangkan kesan kedut.
Ia juga dapat membantu mengendurkan ketegangan otot di wajah. Sapukan ke seluruh wajah hingga ke leher setiap malam selama 10 minit. Urut perlahan-lahan. Jika kerap dilakukan, kulit wajah akan kelihatan lebih segar.
Minyak zaitun juga boleh dijadikan skrub dengan mencampurkan garam halus dan limau nipis bersama minyak zaitun. Urut perlahan-lahan ke wajah, biarkan seketika dan bilas. Kulit wajah pasti lebih lembut dan halus.
Khasiat minyak zaitun pada tubuh
Dengan memakan buah zaitun yang mempunyai kandungan asid oleic, dapat melindungi keanjalan kulit dan memperbaiki teksturnya agar kulit lebih tegang.
Minyaknya juga boleh menghalus dan melembutkan kulit badan. Tumbuk buah keras dan campurkan dengan buah zaitun. Gosokkan pada tubuh. Selain menghaluskan kulit, ia juga dapat menanggalkan daki dari badan.
Selain itu, ia juga dapat membantu melembutkan tangan yang kasar. Anda hanya perlu merendam jari-jari tangan ke dalam bekas berisi minyak zaitun selama 15 minit. Kemudian bilas dan keringkan. Kuku juga akan kelihatan lebih bersinar.
Campurkan minyak zaitun dengan gula putih. Gunakan penyental untuk membuang sel-sel kulit mati pada siku, lutut dan tapak kaki. Lakukan setiap hari untuk hasil yang lebih memuaskan.
Kebaikan Buah dan Minyak Zaitun
Dapat meningkatkan metabolisma – Makan setengah cawan buah zaitun setiap hari dipercayai dapat mengurangkan risiko masalah kegemukan. Ini kerana kandungan vitamin dalam buah zaitun dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak di dalam tubuh.
Membantu meningkatkan peredaran darah – Buah zaitun adalah sumber istimewa anti-oksidan. Menurut sebuah kajian, buah zaitun dipercayai dapat meningkatkan kadar nitric oxide. Dalam masa yang sama, ia juga meyihatkan jantung serta meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan melancarkan aliran darah.
Membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh – Kaya dengan vitamin E, larut lemak serta melindungi sel-sel daripada radikal bebas yang berbahaya, anti-oksidan ini dapat membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh sekali gus mengurangkan risiko virus seperti selsema.
Bertindak sebagai pelindung kulit – dikatakan minyak zaitun amat baik sebagai pelindung kulit. Hanya sapukan pada kulit dan kandungan anti-oksidan dan vitamin E di dalamnya akan menyejukkan kulit.
Menguatkan kuku – Jika anda mempunyai masaalah kuku rapuh, titiskan minyak dalam air suam dan rendam jari anda selama 10 minit. Lakukan seminggu sekali. Ia bukan hanya menguatkan kuku malah dapat melembapkan kulit di sekitar kuku dan mencegah terjadinya kutikel kuku.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]