
Ia menuntut supaya Ambika MA Shan didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh tanpa niat.
Sabitan bawah undang-undang itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, bergantung pada niat yang ditentukan oleh pihak pendakwaan.
Digerakkan oleh Tenaganita, petisyen itu susulan Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Ambika daripada tuduhan membunuh.
Pada 19 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Ambika daripada tuduhan membunuh Adelina, 26, di sebuah rumah di Bukit Mertajam pada 2018.
Petisyen yang dibuat ketika itu sebagai bantahan terhadap keputusan mahkamah mengumpulkan 30,000 tanda tangan.
Dalam petisyen yang baharu, Tenaganita menggambarkan keputusan Mahkamah Rayuan sebagai “langkah regresif bagi sistem keadilan Malaysia”.
“Kami berharap anda akan menyertai kami dalam menegakkan keadilan kerana kami percaya kami berhutang kepada Adelina dan keluarganya untuk melindungi maruahnya ketika dia sudah tiada,” katanya.