
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga akan terus memperteguhkan setiakawan dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
“PAS mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung usaha kerajaan PN menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu, daripada ahli Parlimen pelbagai parti dan pihak kerajaan, dan boleh membuktikan sokongan itu “secara konklusif”.
Muhyiddin bagaimanapun menjawab kenyataan itu dengan menggesa Anwar membuktikannya, menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata “tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Anwar hanyalah dakwaan semata-mata”.