
Terkini, detik-detik perjalanan merakamkan album terakhir mereka, “Let It Be” akan dibukukan. “The Beatles: Get Back, buku dengan 240 halaman ini mengisahkan tentang penghasilan rakaman album ke-12 John Lennon, Paul McCartney, Ringo Starr dan George Harrison.
Walaupun kebanyakan peminat percaya bahawa rakaman terakhir inilah yang telah menyumbang kepada pembubaran kumpulan British ini pada tahun 1970 tetapi menurut penulis Inggeris Hanif Kureishi, pendapat ini sangat mengelirukan dalam sejarah Beatles. Beliau yang menulis mengenai bab pengenalan kepada “The Beatles: Get Back”.
“Malah, ini merupakan masa yang sangat produktif buat mereka, apabila mereka menghasilkan di antara karya terbaik sepanjang kerjaya mereka. Di sini juga kita dapat menyaksikan draf terawal mereka, segala kesilapan, kesukaran, kebosanan, keterujaan dan kegembiraan yang menyumbang kepada terhasilnya karya yang kita kagumi sekarang,” jelas Kureishi.
Menjadi buku rasmi the Beatles yang diterbitkan setelah 2 dekad, sesi perbualan yang dirakamkan semasa penghasilan “Let It Be” di studio filem Apple Corps dan Twickenham ini mengambil masa lebih daripada 120 jam.
Buku ini juga merangkumi banyak koleksi gambar-gambar kumpulan British itu yang diambil oleh A. Russell dan Linda McCartney, isteri pertama Paul McCartney yang tidak pernah diterbitkan sebelum ini.
Peminat kumpulan “Fab Four” ini boleh mula mendapatkan buku “The Beatles: Get Back” bermula 31 Ogos 2021, minggu yang sama dengan pelancaran dokumentari di Amerika Utara tentang John Lennon dan anggota kumpulannya yang dihasilkan oleh pengarah New Zealand, Peter Jackson.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]