Kediaman Hendrix kekal ‘segar’ dengan Gaya Bohemian

Kediaman Hendrix kekal ‘segar’ dengan Gaya Bohemian

Teman wanita Hendirx, Kathy Etchingham akui mencari rumah tempat tinggal buat seorang bintang terkenal amat mencabar.

Hendrix tinggal di situ sejak tahun 1968 sehingga 1969 bersama teman wanitanya Kathy Etchingham. (Gambar Instagram)

Lagenda gitaris Jimi Hendrix yang popular di era 60-an dengan alunan gemersik gitar mengalunkan simfoni indah untuk lagu-lagu seperti ‘Hey Joe’, ‘Purple Haze’ dan ‘All Along the Watchtower’ nyanyian Bob Dylan mempunyai cerita tersendiri.

Pada usia 23 tahun iaitu pada September 1966, legenda kelahiran Seattle ini telah berpindah ke Britain sebagai seorang yang tidak dikenali. Melalui zaman kanak-kanak yang menyedihkan dan telah menyertai ketenteraan untuk suatu tempoh yang pendek, Hendrix berjanji akan menempa nama di London. Beliau menukar namanya dari Jimmy James kepada Jimi Hendrix.

Hendrix berjaya menempa nama di London, menjadi lagenda pemain gitar terkemuka dunia dan meninggal pada usia 27 tahun. Setelah hampir 50 tahun kematian Hendrix, rumah pangsa peninggalannya di 23 Brook Street, di kawasan Mayfair bandar London kini dijadikan muzium.

Hendrix tinggal di situ sejak tahun 1968 sehingga 1969 bersama teman wanitanya Kathy Etchingham. Bagi Kathy mencari rumah tempat tinggal buat seorang bintang terkenal amat mencabar. Beliau telah berjumpa dengan 2 orang ejen hartanah di kawasan Mayfair tetapi sebaik sahaja mengetahui rumah itu akan diduduki Jimi Hendrix, mereka terus menolak.

Kediaman Syurga
Setelah berupaya mendapatkan rumah buat Hendrix, Kathy telah mengubah suai rumah pangsa yang kecil itu dan menghiasinya dengan perabot dan dekorasi yang ada di kedai serbaneka John Lewis berhampiran Oxford Street.

Brook Street sememangnya syurga buat Hendrix, menjadi tempat yang sesuai untuk mengasah bakat seninya – gemersik gitar boleh dipetik pada bila-bila masa tanpa mengganggu jiran tetangga kerana kawasan tersebut hanya dikelilingi dengan kedai-kedai dan pejabat.

Muzium
Empat tahun lalu, apabila rumah tersebut ingin dijadikan muzium, Kathy dipanggil untuk membantu mencipta semula hiasan asal rumah pangsa tersebut. Hamparan permaidani Persian koleksi Hendrix dibentangkan kembali.

Sebuah bilik yang dicat warna merah, jingga dan merah jambu lengkap dengan bekas abu rokok, cawan-cawan teh yang kosong dan set permainan Monopoly Hendrix diletakkan di situ.

Pihak pengurusan juga telah memasang dua telefon di dalam bilik tersebut berikutan tabiat Hendrix yang suka memberi nombor telefonnya kepada sesiapa sahaja yang meminta. Terdapat juga sekeping syiling dilekatkan pada pemain rekod untuk mengelakkan rekod dimainkan pada kelantangan yang kuat.

Hendrix berjaya menempa nama di London, menjadi lagenda pemain gitar terkemuka dunia dan meninggal pada usia 27 tahun.

Pengurus muzium tersebut, Sean Doherty mengatakan yang tempat ini amat sesuai untuk Hendrix. Seperti Rolling Stones dan The Beatles, Hendrix juga sinonim dengan era 1960-an London dan dianggap sebagai antara artis yang berpengaruh pada abad ke-20.

Doherty berpendapat, rumah pangsa yang diduduki Hendrix sebagai Gaya Bohemian.

Jiwa Hendrix
Kemajuan tekonlogi yang digunakan di studio yang hanya terdapat di London pada masa itu membantu Hendrix mencapai impiannya untuk bermain gitar futuristik, menggabungkan elemen blues, rock dan jazz.

Apabila ahli muzik itu berpisah dengan Kathy dan berhijrah ke Amerika Syarikat untuk merakam lagu, beliau mengarahkan pengurusnya untuk menjual atau membuang harta miliknya.

Setahun kemudian, pada 18 September 1970, Hendrix dijumpai mati di hotel London selepas mengambil minuman koktel dan dadah. Separuh abad kemudian, muziknya masih kekal dan Brook Street terus menyimpan aura tokoh lagenda ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.