
Jeffrey Kitingan mengakui sudah terlambat untuk mana-mana calon menarik diri, tetapi suatu strategi khusus akan dipakai, iaitu calon parti sekutu akan menyokong calon tunggal GRS yang dipersetujui nanti.
“Kita tidak boleh berundur sudah sebab 48 jam sudah berlalu tetapi kita akan mengumumkan untuk bantu 1 calon sahaja,” katanya kepada pemberita di Tambunan hari ini.
“Umpamanya, saya di Tambunan, PBS perlu sama-sama dalam kempen memberi tahu kepada pengundi kita hanya ada 1 calon dan kita menyokong.”
Jeffrey berkata pengumuman berkenaan hal itu akan diumumkan seawalnya esok atau selewatnya 24 Sept.
Awal pagi tadi, penasihat PBS, Joseph Pairin Kitingan, menegaskan tiada kemungkinan partinya akan menarik diri walaupun ia bekerjasama dengan GRS.
Pairin berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin, yang mengumumkan parti komponen GRS mencapai kata sepakat berhubung pertembungan kerusi.
Barisan Nasional (BN), rakan sekutunya daripada Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menerusi Gabungan GRS akan bertembung sesama sendiri di 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-16.
DUN terbabit adalah Bengkoka, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tanjung Aru, Kapayan, Moyog, Lumadan, Paginatan, Tambunan, Bingkor, Liawan, Melalap, Tulid, Sook, Telupid dan Karamunting.
Berikut adalah 17 DUN yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri gabungan GRS:
Bengkoka: BN lwn PBS
Matunggong: BN lwn PBS
Tandek: BN lwn PBS
Kadamaian: BN lwn PBS
Tanjung Aru: BN lwn PBS
Kapayan: BN lwn PBS
Moyog: PN lwn PBS
Lumadan: BN lwn PBS
Paginatan: BN lwn PN lwn PBS
Tambunan: PN lwn PBS
Bingkor: PN lwn PBS
Liawan: PN lwn PBS
Melalap: BN lwn PBS
Tulid: BN lwn PN lwn PBS
Sook: BN lwn PN
Telupid: BN lwn PBS
Karamunting: BN lwn PBS
Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah