
Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, kesemua kes import dikenakan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di negara itu.
Berdasarkan kepada siasatan sehingga kini, kementerian itu berkata, terdapat 1 kes dalam komuniti yang melibatkan rakyat Singapura dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu 57,558.
Kementerian berkata, ia masih lagi mendapatkan maklumat penuh kes terbabit dan akan memberikan maklumat terkini malam ini.
Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Jumaat, kementerian itu mengklasifikasikan 1,006 sebagai kes import, 2,242 kes dalam komuniti dan 54,295 kes melibatkan penghuni asrama pekerja asing.
MOH berkata, 57,071 kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital ataupun fasiliti penjagaan komuniti.
“Sejumlah 38 pesakit masih berada di hospital, namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi,” menurut MOH.
407 pesakit bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat, namun masih diuji positif Covid-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Sehingga kini, 27 orang mati akibat komplikasi Covid-19 di republik tersebut.
Tiada kluster baru dikenal pasti semalam.