
Daripada jumlah itu, 17 merupakan penularan tempatan dan 3 kes import.
Satu kematian baru direkodkan di Kedah menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini 130 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah mencatatkan angka jangkitan ke-2 tertinggi dengan 8 kes.
Beliau berkata, sehingga kini 12 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 2 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala itu, 51 pesakit dilaporkan pulih hari ini.
Jumlah pesakit yang kini dirawat di hospital adalah seramai 722 orang.
Kes positif Covid-19 yang direkodkan di Malaysia sehingga kini berjumlah 10,167 dan kes sembuh sebanyak 9,315 secara keseluruhan.
Noor Hisham berkata, daripad 17 kes penularan dalam negara, 14 membabitkan warganegara Malaysia dan 3 bukan warganegara.
“Perincian kes penularan dalam negara adalah seperti berikut: Kedah 9 kes, iaitu 8 daripada kluster Sungai dan 1 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah.
“Sabah 5 kes, iaitu 3 kes saringan rujukan ke Hospital Tawau dari Hospital Semporna yang melibatkan 2 bukan warganegara.
“Satu (1) adalah kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) di Hospital Tawau, 1 kes saringan pra pembedahan di Hospital Keningau, 1 kes saringan komuniti di Tawau, 1 kes daripada kluster Benteng LD dan 1 kes daripada kluster Bakau yang melibatkan bukan warganegara, iaitu kluster baru di Semporna,” katanya.
Sementara itu , 3 kes import yang dilaporkan hari ini melibatkan 2 warganegara dan 1 bukan warganegara.
“Mereka pulang dari New Zealand, iaitu 1 kes di Selangor; pulang dari Qatar, 1 kes di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dari India, 1 kes di Kuala Lumpur,” katanya