Covid-19 catat 1 kematian, 95 kes baharu

Covid-19 catat 1 kematian, 95 kes baharu

Sabah terus catat kes harian tertinggi dengan 90 kes hari ini.

PETALING JAYA:
Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan 90 daripada 95 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 90 kes itu, 76 adalah kluster Benteng, kluster Pulau (4 kes) dan kluster Selamat (3 kes).

“Manalala, Severe Acute Respiratory Illness (SARI) di Hospital Lahad Datu (3 kes), (2 kes) saringan bergejala di Tawau, (1 kes) saringan kematian di Hospital Semporna dan (1 kes) saringan di Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Negeri Sembilan mencatatkan 1 kes saringan daripada kluster Bunga.

Sementara itu, 4 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara membabitkan 3 warga Indonesia di Selangor dan 1 warga China di Sabah.

“Satu kematian baharu juga dilaporkan di Sabah menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 129,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini 11 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 2 memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, 14 pesakit dilaporkan pulih hari ini.

Setakat ini, jumlah pesakit yang dirawat di hospital seramai 754 orang.

Kes positif direkodkan di Malaysia sehingga kini berjumlah 10,147, dan kes sembuh 9,264 secara keseluruhan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.