
Meadows bagaimanapun tidak menamakan 5 negara tersebut. Beliau bertemu pemberita atas pesawat presiden Amerika Syarikat, Air Force One, dalam penerbangan yang membawa Donald Trump ke suatu perhimpunan di Wisconsin.
Beliau cuma berkata 3 negara terletak di rantau Asia Barat tanpa mengulas lanjut.
Sebelum ini, Trump optimis lebih banyak negara akan bersetuju untuk menormalkan hubungan dengan Israel menyusuli persetujuan UAE dan Bahrain.
Oman mungkin salah satu negara tersebut, memandangkan duta besarnya ke AS pernah menghadiri majlis menandatangani persetujuan itu di Rumah Putih. Trump pada Selasa meramalkan Arab Saudi akan akhirnya bersetuju menandatangani suatu persetujuan.