
Mereka antara ratusan ribu warga India yang dipindahkan dari luar negara menerusi penerbangan dikendalikan syarikat penerbangan India serta perkhidmatan sewa khas syarikat penerbangan India dan asing.
Sebanyak 5,817 penerbangan ke India dikendalikan untuk membawa pulang warga negara itu hingga akhir Ogos bawah misi Vande Bharat, dilancarkan pada Mei, Menteri Penerbangan Awam Hardeep Singh Puri memberitahu Parlimen.
Mereka yang kembali kebanyakannya warga India bukan penduduk (NRI) dan sebahagian besar daripada mereka pulang dari negara Arab Teluk, Amerika Syarikat dan Eropah kerana gangguan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik tersebut.
Menurut perincian penerbangan yang diciap menteri berkenaan, kira-kira 1,300 lagi warga India pulang dari Malaysia pada September.