
Pihak berkuasa Malaysia dan AS menganggarkan AS$4.5 bilion dicuri dari 1MDB menerusi satu skim terperinci di seluruh dunia serta membabitkan pegawai tinggi dana itu, bekas perdana menteri Najib Razak, eksekutif di bank AS, Goldman Sachs dan lain-lain.
Najib bagaimanapun menafikan melakukan sebarang salah laku.
Menerusi tuntutan yang difailkan di Daerah California Tengah semalam, DoJ berkata, AS$300 juta itu dikesan melalui senarai kredit yang diberikan syarikat minyak Venezuela, Petroleos de Venezuela SA kepada PetroSaudi Oil Services berhubung kerja cari gali minyak.
Syarikat itu sudah terbabit dalam pertikaian undang-undang mengenai dana yang dibekukan Mahkamah Tinggi Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa Britain.
DoJ berkata, ia turut mencari 48 poster filem promosi yang Riza Aziz, penerbit Hollywood dan anak tiri Razak, perolehi dengan lebih AS$4 juta dana boleh dikesan kepada aset diseleweng daripada 1MDB.
Mei lalu, Riza dilepas tanpa dibebaskan daripada 5 pertuduhan pengubahan wang selepas beliau bersetuju membantu pihak berkuasa mendapatkan semula aset berkaitan 1MBD.
Tuntutan terbaru itu menjadikan nilai keseluruhan aset yang cuba dikembalikan AS berhubung skandal 1MDB berjumlah
AS$2.1 bilion – tindakan mendapatkan semula aset terbesar oleh DoJ.
Setakat ini, AS berjaya mendapatkan semula atau membantu Malaysia mendapatkan kembali aset bernilai hampir AS$1.1 bilion.