
Cadangan ini susulan persoalan sekitar kes rogol seorang wanita di lebuh raya yang mengundang kemarahan rakyatnya.
Minggu lepas, seorang ibu kepada 2 anak ketika sedang memandu di lebuh raya berdekatan Lahore ditarik keluar daripada keretanya dan dirogol 2 lelaki bersenjata.
Seorang suspek ditahan polis semalam.
Khan cenderung ke arah pesalah digantung sampai mati di khalayak ramai, namun pegawai kerajaan memaklumkan hukuman seperti itu boleh menjejaskan status keutamaan dagangan dengan Kesatuan Eropah.
Status Sistem Keutamaan Am Kesatuan Eropah (GSP-plus) yang dianugerahkan kepada Pakistan pada 2014 tertakluk kepada pematuhan pada konvensyen antarabangsa, seperti hak asasi manusia.
Khan berkata pihaknya akan mengkaji hukuman kembiri kimia.
“Kes pembunuhan dikelaskan mengikut tahap pertama, kedua, dan ketiga, dan kes rogol juga patut ada tahapnya. Jika kesalahan rogol itu tahap pertama, kembirikan perogol itu.
“Bedah mereka supaya mereka tidak dapat berbuat begini lagi,” kata Khan dalam temubual dengan media Pakistan.