
South China Morning Post melaporkan agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) mengumumkan sekatan baharu itu semalam menerusi 5 Perintah Menahan Pelepasan (WRO).
“Ini bukan kali pertama AS mengeluarkan WRO terhadap barang China dan saya boleh beritahu kamu dengan penuh keyakinan ia tidak akan menjadi yang terakhir,” kata Pesuruhjaya CBP, Mark Morgan, memberitahu pemberita.
Selain kapas dari sebuah syarikat dan pakaian dari 2 syarikat, WRO itu juga terpakai ke atas barangan komputer dari sebuah syarikat di Wilayah Anhui, produk rambut, dan semua produk yang hasilkan oleh buruh dari sebuah “Pusat Pendidikan dan Latihan Kemahiran Vokasional Daerah Lop No 4”.
Pusat “vokasional” itu antara fasiliti yang dikenalpasti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai salah satu kem penahanan yang menahan lebih 1 juta orang Uyghur dan etnik beragama Islam lain di Xinjiang.
Beijing menafikan semua dakwaan itu.