
Beliau akan menggantikan Azmir Zain yang melepaskan jawatan berkuat kuasa 14 Ogos lalu.
Dalam kenyataan hari ini Mavcom berkata, pihaknya yakin Raja Azmi dapat memimpin suruhanjaya itu dengan baik dalam usaha mempromosikan sektor penerbangan awam yang berfokus kepada pengguna dan berdaya tahan.
Katanya, Raja Azmi pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sejak 4 Januari 2019 hingga 6 Januari lalu.
“Sebelum ini, beliau juga adalah ketua pegawai kewangan kumpulan. Beliau juga pernah berkhidmat dalam jawatan pengurusan kanan di beberapa entiti lain,” katanya.
Raja Azmi memegang ijazah sarjana pentadbiran perniagaan dari Universiti of Bath di United Kingdom, merupakan salah seorang ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia.
Pada masa sama, Mavcom turut menyampaikan penghargaan kepada Azmir yang menurutnya sudah memberikan sumbangan bernilai kepada suruhanjaya itu sejak memegang jawatan COO pada 1 April 2016.
“Azmir sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suruhanjaya ini bagi meneruskan perkara-perkara lain. Dia juga sudah bersama dengan suruhanjaya ini sejak 1 April 2016 lagi,” katanya kenyataan itu.