Duta Besar AS ke China letak jawatan

Duta Besar AS ke China letak jawatan

Setiausaha Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo tidak memberi sebarang alasan mengapa Terry Branstad meletak jawatan.

Duta Besar AS ke China Terry Branstad. (Gambar AP)
BEIJING:
Setiausaha Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo berkata, Duta Besar AS ke China Terry Branstad akan meletak jawatan dan meninggalkan republik itu bulan depan.

“Saya berterima kasih kepada Terry Branstad yang berkhidmat untuk rakyat Amerika sebagai Duta Besar AS ke Republik Rakyat China selama 3 tahun,” kata Pompeo melalui Twitter.

“Duta Besar Branstad sudah memberi sumbangan dalam usaha mengimbangi semula hubungan AS-China,” kata beliau.

Pompeo tidak memberi sebarang alasan mengapa Branstad meletak jawatan.

CNN memetik sumber yang tidak dinamakan melaporkan Branstad mungkin akan meninggalkan Beijing sebelum pilihan raya AS November ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.