Utama keselamatan jika buka semula pelancongan kesihatan, Putrajaya diberitahu

Utama keselamatan jika buka semula pelancongan kesihatan, Putrajaya diberitahu

Rancangan itu akan membolehkan pelancong yang memerlukan rawatan perubatan memasuki negara.

Kerajaan menimbang untuk membuka semula pelancongan kesihatan kepada negara “kategori hijau”.
PETALING JAYA:
Pakar perubatan menggesa Putrajaya supaya mengambil sikap berhati-hati bagi memastikan keselamatan awam terpelihara apabila membuka semula sempadan negara kepada pelancongan kesihatan.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Dr Kuljit Singh berkata, pekerja kesihatan perlu dilindungi sewajarnya.”

“Kita tidak boleh berbuat apa-apa sehingga risiko membenarkan pesakit dari luar diminimumkan,” katanya kepada FMT.

“Jika kita buka dan kita sendiri tidak selamat, maka ia akan menimbulkan masalah kepada kita.”

Beliau berkata, “kos dan kompetensi” membantu melonjakkan pelancongan kesihatan di negara ini.

“Di Malaysia, secara berbanding, penjagaan kesihatan kita lebih murah daripada jiran serantau kita. Tahap penjagaan dan kepakaran kita tinggi.”

Badan pemikir mengenai penjagaan kesihatan Pusat Galen berkata, kepatuhan ketat kepada protokol sedia ada perlu diikuti bagi merangsang “tahap keyakinan yang selesa dalam kalangan negara yang menghantar dan menerima”.

Ketua eksekutifnya Azrul Khalib berkata, pelancongan kesihatan perlu mendapat pelaburan berterusan daripada kerajaan kerana pendapatan mata wang asing dan hasil daripada pesakit yang lazimnya ditemani kaum keluarga serta sahabat handai yang menghuni bilik hotel, membayar perkhidmatan dan membelanjakan wang mereka dalam ekonomi tempatan.

Baru-baru ini pegawai kerajaan bercakap tentang rancangan mewujudkan “gelembung hijau” merangkumi Malaysia dan negara dengan kadar jangkitan Covid-19 yang rendah bagi membolehkan aktiviti pelancongan kesihatan dihidupkan semula.

Ketua eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia Sherene Azli berkata, majlis itu kini merangka pelan pemulihan industri tersebut, yang merekodkan antara angka ketibaan pelancongan kesihatan tertinggi di dunia, iaitu 900,000 pada 2018 dan 1.3 juta pada 2019. Ia menyuntik sebanyak RM8 bilion ke dalam ekonomi pada 2019.

Azrul Khalib menggesa kerajaan supaya menimbangkan pelepasan cukai selama 2 tahun bagi membantu syarikat yang terlibat pulih dan berkembang semula.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.