Selangor benar operasi restoran, kedai serbaneka hingga 2 pagi

Selangor benar operasi restoran, kedai serbaneka hingga 2 pagi

Exco negeri Ng Sze Han berkata, kes Covid-19 di Selangor adalah terkawal sepanjang tempoh pelaksanaan PKPP.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, kedai makan, restoran, dan kedai serbaneka 24 jam dibenarkan beroperasi hingga 2 pagi. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Kerajaan Selangor membenarkan semua restoran dan kedai serbaneka di negeri itu beroperasi hingga 2 pagi, seiring keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penularan kes Covid-19 di Selangor terkawal sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

“Kini, tiba masanya untuk menangani dan memulihkan ekonomi. Namun, pencegahan penularan pandemik Covid-19 masih merupakan keutamaan kerajaan negeri.

“Sehubungan itu, pengunjung dan pengusaha diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan MKN dan mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Khamis, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kedai makan, restoran, dan kedai serbaneka 24 jam dibenarkan beroperasi hingga 2 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.