Bukan pilihan, tetapi calon BN tidak gentar hadapi DAP di DUN Elopura

Bukan pilihan, tetapi calon BN tidak gentar hadapi DAP di DUN Elopura

Calon BN di DUN Elopura Chan Boon Thian berdepan saingan 6 penjuru di kerusi itu.

Chan Boon Thian (tengah) bersama penyokong dan pencadang yang hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Sandakan semalam.
SANDAKAN :
Calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura, Chan Boon Thian tidak gentar berhadapan dengan calon pilihan daripada DAP walaupun mengakui beliau bukan calon pilihan.

Chan berkata, beliau menawarkan diri untuk memberi khidmat di Elopura kerana mahu meningkatkan sosio ekonomi penduduk di kawasan ini melalui hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Jika diberikan mandat oleh pengundi Elopura pada 26 September, saya percaya mampu memberi kesan positif kepada kawasan ini,” katanya selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Kim Fung semalam bersama-sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lim Ban Hong.

Tambahnya, beliau juga mahu meneruskan perancangan yang tidak dapat dilaksanakan oleh pemimpin sebelum ini.

Chan, 40, berdepan penyandang kerusi itu, Chong Ket Kiun dari Warisan-DAP, Voo Min Gin (Parti Cinta Sabah), Chong Thien Ming (LDP), Siti Khairiah Sheikh Mohammad (Usno) dan Mohamad Saini Ahmad Tang (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.