Penyandang dari Warisan berdepan 5 lawan di Silam

Penyandang dari Warisan berdepan 5 lawan di Silam

Lima calon lain mewakili PN, Parti Cinta Sabah, Usno, Parti Gagasan Rakyat Sabah dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah.

Penyandang DUN Silam daripada Warisan, Dumi Pg Masdal berdepan saingan 5 calon lain pada PRN Sabah 26 Sept ini.
LAHAD DATU:
Warisan mempertaruhkan penyandang, Dumi Pg Masdal untuk mempertahankan kerusi Silam dalam pertandingan 6 penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah akhir bulan ini.

Antara calon yang bakal merebut kerusi itu ialah Ahmad Tiong (Parti Gagasan Rakyat Sabah), Matusin Sunsang (Parti Cinta Sabah), Mohammad Hamdan Abdullah (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Usno), Abdul Hakim Bin Gulam Hassan (Perikatan Nasional) dan Erwan Bin Johan dari (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).

Perkara itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya DUN Silam, Juraimin Jadil selepas penamaan calon ditutup pagi tadi.

“Kita telah menyemak kertas-kertas penamaan berkenaan dan saya berpuas hati serta memutuskan tiada calon yang ditolak kertas pencalonannya,” katanya.

DUN Silam merupakan kubu kuat BN, namun berjaya dirampas Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan majoriti 2,932 undi, di mana Dumi mendapat 11,304 undi berbanding calon BN yang hanya memperoleh 8,372 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.