Penjual ais krim mengaku tak salah dera, sebab kematian kucing

Penjual ais krim mengaku tak salah dera, sebab kematian kucing

Tertuduh hanya menggelengkan kepala ketika ditanya sama ada mahu mengaku bersalah atas pertuduhan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan hakim Mazdi Abdul Hamid.

Saiful Azhar Md Rahani, 35, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mendera dan menyebabkan kematian 3 kucing di sebuah rumah dekat Bayan Lepas tahun lalu.
GEORGETOWN:
Seorang penjual ais krim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pertuduhan mendera dan menyebabkan kematian 3 kucing di sebuah rumah dekat Bayan Lepas tahun lalu.

Saiful Azhar Md Rahani, 35, hanya menggelengkan kepala ketika ditanya sama ada mahu mengaku bersalah atas pertuduhan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan hakim Mazdi Abdul Hamid.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Teluk Bayu, Sungai Batu, jam 4.45 petang, 26 Februari 2019.

Bagi kesalahan itu, Saiful didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda sehingga RM100,000, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan 12 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Roziman Awang Tahrin.

Awal minggu ini, seorang kerani didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah mengabaikan 2 anjing peliharaannya di sebuah rumah, dengan seekor mati kelaparan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.