2 Adun Kedah masuk PPBM

2 Adun Kedah masuk PPBM

Adun Lunas Azman Nasrudin dan Adun Sidam, Robert Ling Kui Ee adalah exco kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas Azman Nasrudin dan Adun Sidam, Robert Ling Kui Ee yang juga exco kerajaan negeri umum sertai PPBM malam tadi.
PETALING JAYA:
Dua wakil rakyat bebas di Kedah yang sebelum ini keluar dari PKR dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan menyertai PPBM.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas Azman Nasrudin dan Adun Sidam, Robert Ling Kui Ee yang juga exco kerajaan negeri membuat pengumuman itu pada Majlis Makan Malam Penggerak Komuniti Negara (PKN), malam tadi.

Azman berkata, pihaknya menjangkakan hampir 10,000 ahli PKN di Kedah akan mengikut jejak langkahnya menyertai PPBM.

“Malam ini (tadi) kita menghantar borang untuk keahlian PPBM daripada pengerusi PKN di setiap kawasan Parlimen di negeri ini dahulu.

“Di peringkat akar umbi kita akan susun kemudian,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Azman dan Robert keluar dari PKR pada Mei lalu, menjadi Adun bebas yang menyokong kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.

Azman turut menjelaskan penyertaan akar umbi PKN dalam PPBM tidak lama lagi akan turut membabitkan kaum lain iaitu India, Cina dan Siam.

Penyertaan Azman dan Robert dibuat susulan pengumuman Presiden PPBM, yang parti itu akan mewujudkan sayap baru.

Ia bagi membolehkan ahli bersekutu daripada golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera memegang jawatan dan menyumbang idea dalam parti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.