
TAWAU: Kira-kira 100 orang diarah menjalani saringan Covid-19 selepas pengadil pertandingan bola sepak 9 sebelah dijangkiti virus itu semalam.
Pengadil terbabit juga merupakan pegawai Penjara Tawau.
Kakitangan kesihatan berkata, pemain, penonton dan pihak yang terlibat dalam pertandingan di padang Penjara Tawau dan stadium Majlis Perbandaran Tawau baru-baru ini hendaklah menjalani saringan segera.
Pegawai Kesihatan Daerah Dr G Navindran berkata, kira-kira 100 individu hadir untuk saringan sejak 8 pagi tadi, lapor Bernama.
Semalam Pejabat Kesihatan Daerah mengeluarkan notis menggesa semua yang terlibat dalam pertandingan itu pada 28 hingga 31 Ogos dan 2 September hadir menjalani saringan.