Warisan Plus namakan calon PRN Khamis depan, kata Shafie

Warisan Plus namakan calon PRN Khamis depan, kata Shafie

Warisan Plus terdiri daripada Warisan, Upko, PKR, DAP dan Amanah.

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, PRN Sabah pada 26 Sept depan penting bagi gabungan itu. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Warisan Plus akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada Khamis depan.

Ketua Menteri Shafie Apdal, yang juga presiden Warisan mendedahkan perkara ini dalam ucapannya semasa melancarkan jentera pilihan raya gabungan itu di daerah pedalaman Keningau hari ini.

Warisan Plus terdiri daripada Warisan, Upko, PKR, DAP dan Amanah.

“Oleh itu saya maklumkan kepada Wilfred Madius Tangau (presiden Upko) calon mereka dan juga Amanah, PKR (dan DAP) kerana pilihan raya ini penting kepada kita.

“Ini bukan sahaja isu pembahagian kerusi, tetapi kita benar-benar mahu menang pilihan raya ini.

“Sehingga sekarang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masih bertelagah (mengenai pengagihan kerusi),” katanya.

PRN Sabah dijadualkan pada 26 September ini dengan hari penamaan calon pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.