
Kejadian itu berlaku susulan beberapa akaun Twitter tokoh terkenal digodam pada Julai.
Menurut Twitter, pihaknya mengetahui aktiviti yang berlaku pada akaun peribadi Modi dan mengambil langkah keselamatan.
“Kita giat menyiasat situasi itu. Pada masa ini, kita tidak sedar ada akaun tambahan yang turut terkesan,” kata seorang jurucakap Twitter dalam kenyataan melalui emel.
Pejabat Modi, bagaimanapun, tidak memberi respons segera berhubung ciapan itu yang dihantar melalui akaun @narendramodi_in.
Akaun yang memiliki lebih 2.5 juta pengikut itu merupakan Twitter rasmi untuk laman web peribadi Modi dan aplikasi mudah alih Narendra Modi.
Manakala, akaun Twitter peribadi Modi, yang tidak terjejas dengan kejadian itu, mempunyai lebih 61 juta pengikut.
Ciapan itu, yang sudah ditarik balik, meminta pengikutnya menderma kepada Tabung Bantuan Nasional PM melalui mata wang kripto.
Penggodam pada Julai dilaporkan mengakses sistem dalaman Twitter untuk merampas beberapa platform milik pemimpin tertinggi termasuk calon presiden AS Joe Biden, bekas presiden AS Barack Obama dan jutawan Elon Musk serta menggunakannya untuk meminta mata wang digital.