
Beliau berkata, 184 dikompaun, manakala 9 direman dan 5 dibebaskan dengan jaminan.
Antara kesalahan dilakukan mereka termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (25), tidak memakai pelitup muka (17), aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal (41), gagal mematuhi arahan kuarantin (1) dan disyaki menjalankan aktiviti pelacuran (2).
Katanya, seramai 4,889 pendatang asing tanpa izin, 713 tekong dan 246 penyeludup ditahan sejak 1 Mei lalu hingga semalam.
“Turut ditahan 446 bot dan 481 kenderaan yang terlibat dalam percubaan mencerobohi sempadan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata, seramai 22,057 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam, ditempatkan di 71 hotel dan 4 institut latihan awam di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah serta Labuan.
Mereka pulang dari 32 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.
“Daripada jumlah itu, seramai 9,481 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 66 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.”
Seramai 12,510 individu dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai menjalani kuarantin wajib 14 hari.