
Menurut Daily Mail UK, wanita itu, seorang pemetik buah, sedang sarat mengandung ketika dia dan suami kali pertama cuba merentas sempadan dengan sekumpulan 8 rakyat Malaysia yang lain pada 17 Ogos.
Kumpulan itu ditahan di pusat pemeriksaan sempadan di Euston, NSW dan memberitahu polis mereka dari Victoria untuk mencari pekerjaan.
Polis mengarahkan mereka patah balik dan terbang ke Sydney dan dikuarantin di sebuah hotel selama 2 minggu atas perbelanjaan sendiri.
Namun, 10 hari kemudian, polis dimaklumkan tentang pasangan yang didakwa merentas sempadan negara secara haram, dam si wanita pergi ke sebuah hospital di NSW untuk melahirkan anak. Dia ditemani suaminya.
Selepas melahirkan anak, wanita itu dikeluarkan dari hospital dan dia dan pasangannya diberikan notis ke mahkamah kerana tidak mematuhi peraturan Covid-19.
Mereka dilaporkan akan ke di mahkamah tempatan Coffs Harbour pada 14 Sept.
Manakala 8 yang lain didenda, kata laporan itu.