
Mayat itu dijumpai tengah hari tadi oleh seorang juruteknik yang dihantar oleh syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kerja pembaikan lif di rumah pangsa tersebut, selepas menerima aduan berkaian kerosakan Lif 1 di Blok 68, Perumahan Awam Sri Sabah 3B.
“Juruteknik syarikat terbabit tiba di lokasi pada 12:35 tengahari untuk menjalankan siasatan terhadap aduan dan mendapati terdapat jasad seorang lelaki di atas lif,” katanya dalam kenyataan.
Tidak lama kemudian pada 1 petang, lokasi kejadian dipenuhi polis, bomba, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, dan Unit Penyelamat DBKL.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan juga turun ke lapangan untuk meninjau kejadian itu.
“Lif yang terbabit kini telah ditutup untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.