Katy Perry, Orlando Bloom timang cahaya mata sulung

Katy Perry, Orlando Bloom timang cahaya mata sulung

Unicef mengeluarkan kenyataan mengenai berita gembira Perry dan Bloom yang juga merupakan duta muhibah badan itu.

Perry berkongsi berita gembira kelahiran anak sulungnya di Instagram. (Gambar Instagram Katy Perry)

Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry dan tunangnya, Orlando Bloom menyambut cahaya mata pertama perempuan yang diberi nama, Daisy Dove Bloom.

Berita gembira itu dikongsi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada 26 Ogos lalu bagi mengucapkan tahniah kepada pasangan itu menerusi Instagram.

“Selamat datang ke dunia Daisy Dove Bloom. Kami sangat berbesar hati untuk memperkenalkan buah hati kepada duta muhibah kami, Katy Perry dan Orlando Bloom,” tulis catatan itu.

Perry dalam masa sama turut berkongsi entri itu di akaun rasminya dengan menyatakan keterujaan dengan kelahiran anak sulung beliau.

“Kami dipenuhi rasa cinta dan keajaiban dengan kehadiran anak perempuan kami yang selamat dan sihat,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Perry turut mengajak peminat-peminatnya menyumbang kepada badan itu.

“Sebagai menyambut jiwa yang kami tahu dimiliki anak perempuan kami, kami telah menyediakan 1 laman sumbangan untuk meraikan kedatangan Daisy.”

Perry dan Bloom merupakan duta muhibah untuk Unicef.

Mac lalu, Perry mengumumkan kehamilannya menerusi sebuah video muzik single terbaru berjudul, “Never Worn White”.

Selepas 3 tahun bercinta, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 14 Februari 2019 sempena Hari Kekasih.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.