
Berdasarkan data disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 162,884, manakala jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 7,064 orang.
“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 120 lagi kematian berlaku di republik berkenaan.
“Bagi tempoh 24 jam itu, Jakarta mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi iaitu 760 kes, dengan 11 lagi kematian,” menurut laman sesawang itu.
Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 36,213 kes, diikuti Jawa Timur (31,696) dan selebihnya di 32 daerah lain.
Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,282 orang, diikuti Jakarta (1,146), Jawa Tengah (937), Sulawesi Selatan (356) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.