
Timbalan presidennya Yee Moh Chai berkata, kerajaan negeri hanya mematuhi keputusan mahkamah dengan Warisan langsung tidak memainkan sebarang peranan.
“Kerajaan Warisan boleh didakwa menghina mahkamah sekiranya mereka tidak mematuhi keputusan mahkamah untuk memanjangkan tempoh tanah pajakan daripada 99 tahun kepada 999 tahun.
“Seperti biasa, Warisan cuba mengambil kesempatan atas perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka. Ini taktik murahan, mengelirukan rakyat dan tidak tahu malu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua menteri Shafie Apdal membuat pengumuman mengenai pengembalian semula status tanah pajakan kepada tempoh asal 999 tahun dalam lawatan ke Nabawan minggu lalu.
Shafie berkata, keputusan itu akan melibatkan 5,978 pemilik tanah, dan menambah Kabinet negeri memutuskannya pada 17 Jun lalu.
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Bernard Liew berkata, tempoh pajakan dikurangkan kepada 99 tahun sekitar 1990-an namun Mahkamah Tinggi pada Mac lalu memutuskan ia menyalahi undang-undang.
Katanya, kerajaan negeri memutuskan untuk memperbaiki kesalahan itu selain mematuhi keputusan mahkamah.
Pada 8 Mac Mahkamah Tinggi membuat keputusan dengan mengumumkan syarat ditetapkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk mengurangkan tempoh pajakan daripada 999 tahun kepada 99 tahun untuk kelulusan pembangunan dan pembahagian adalah menyalahi undang-undang.