
Kerajaan bagaimanapun mengalakkan pemakaian pelitup muka.
“Kalau pakai dua-dua lebih baik…ini untuk memudahkan dan beri kelonggaran pada pelajar daripada keluarga miskin,” katanya pada sidang media di Parlimen.
“Saya difahamkan harga pelindung muka berharga RM3 hingga RM5 dan boleh guna berbulan-bulan,” katanya.
Ismail sebelum itu menjelaskan kerajaan memberi kelonggan untuk murid sekolah rendah selepas mempertimbangkan beban keluarga berpendapatan rendah.
“Kalau anak ada 5 orang, nak beli pelitup muka semata-mata RM5 sehari. Kalau lihat di China, pelajar sekolah rendah memakai pelindung muka,” katanya.
Ismail juga berkata Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan garis panduan berhubung penjagaan pelindung muka.
Sementara itu, mengulas tentang isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali ke Turki, Ismail tidak pasti adakah beliau ke sana bersendirian atau bersama orang lain.
“Saya hanya tahu mengenai menteri itu. Siapa saja yang mengikutnya, saya tidak pasti,” katanya.
Khairuddin menjadi perhatian orang ramai selepas didapati tidak mengikut perintah kuarantin wajib 14 hari sekembalinya dari luar negara pada 7 Julai, sebaliknya menghadiri beberapa acara termasuk sidang Parlimen pada 13 Julai.
Mengenai denda yang dikenakan ke atas menteri itu, Ismail berkata KKM hanya diberi kuasa untuk mengenakan denda maksimum RM1,000.
“Saya pernah cadang naik sampai RM10,000 tetapi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kena pinda dulu,” katanya.
Pada Ahad, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan kes itu sedang disiasat polis.