Indonesia dijangka keluarkan vaksin Covid-19 pertengahan 2021

Indonesia dijangka keluarkan vaksin Covid-19 pertengahan 2021

Vaksin untuk Covid-19 yang dinamakan vaksin ‘Merah Putih’ dan dijangka dikeluarkan pada pertengahan 2021.

Vaksin untuk Covid-19 yang dinamakan vaksin ‘Merah Putih’ dan dijangka dikeluarkan pada pertengahan 2021.

Indonesia dilaporkan sedang membangunkan vaksin untuk Covid-19 yang dinamakan “vaksin Merah Putih” dan dijangka dikeluarkan pada pertengahan 2021.

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata, penyelidikan dan pembangunan vaksin itu dilakukan Lembaga Biologi Molekular Eijkman (LBM), menerusi kerjasama dengan syarikat dari China, dengan menggunakan DNA virus asli Indonesia.

“Kita bisa (boleh) produksi lebih banyak dan kalau yang kita miliki berlebih, boleh dijual ke negara lain, kerana di ASEAN saya lihat belum ada yang siap (menghasilkan) vaksin,” katanya di Istana Negara Jakarta, seperti disiarkan televisyen tempatan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi LBM, badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin Covid-19, sejak beberapa bulan lalu.

Dilaporkan vaksin itu kini memasuki fasa ketiga ujian dan jika berjaya, Indonesia bakal mengeluarkan 290 juta dos vaksin itu menjelang akhir 2021.

Sementara itu menurut laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id semalam, kes positif Covid-19 keseluruhan di Indonesia berterusan meningkat kepada 155,412 kes, manakala kes kematian keseluruhan meningkat kepada 6,759 orang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.