
Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan bekas ketua Umno Bahagian Jerai Mohd Suhaimi Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 14 Ogos lepas.
Pemilihan Ahmad, 45, dicadangkan oleh kerajaan negeri dan dipersetujui dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ke-3 Sidang DUN Kedah yang ke-14 yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini.
Persidangan turut bersetuju mengemukakan bekas timbalan menteri kewangan Othman Aziz, 61, sebagai seorang lagi senator mewakili negeri itu, menggantikan Dr S. Ananthan.
Mohd Suhaimi dan Ananthan yang merupakan pengerusi MIC Kedah dilantik sebagai senator pada 2017 untuk tempoh sepenggal selama 3 tahun.