Adun Ayer Hangat dilantik speaker baru DUN Kedah

Adun Ayer Hangat dilantik speaker baru DUN Kedah

Cadangan menteri besar menamakan Juhari Bulat sebagai speaker DUN mendapat 21 undi daripada 36 Adun.

Juhari Bulat sebelum ini ialah timbalan speaker DUN Kedah. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Kedah melantik speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) baru susulan peletakan jawatan penyandangnya, Ahmad Kassim pada 15 Ogos lalu.

Ahmad, yang bukannya Adun Kedah, dicalonkan sebagai speaker selepas Pilihan Raya Umum 2018.

Juhari Bulat (PPBM-Ayer Hangat), sebelum ini ialah timbalan speaker DUN, dilantik sebagai speaker baru selepas susulan cadangan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor (PAS-Jeneri) dan disokong Ku Abd Rahman Ku Ismail (PPBM-Guar Chempedak) pada persidangan DUN hari ini.

Cadangan menteri besar menamakan Juhari sebagai speaker DUN menerima 21 undi daripada 36 Adun.

Timbalan Speaker DUN baru ialah Ahmad Fadzli Hashim (PAS-Pantai Merdeka) yang dicalonkan untuk jawatan itu.

Blok kerajaan ketika ini dianggotai 15 Adun PAS, 6 Adun PPBM dan 2 Adun Umno.

Blok pembangkang pula terdiri daripada 5 Adun PKR, Amanah (4), DAP (2) dan bebas (2).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.