
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 120 orang menghadiri pesta di kelab malam Thomas Restobar, di daerah Los Olivos, ketika larangan perjumpaan sosial dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19.
Menurut laporan, anggota polis ke lokasi kejadian untuk menyiasat selepas menerima maklumat mengenai pesta itu kira-kira 9 malam Sabtu.
“Polis tidak menggunakan senjata atau gas pemedih mata, mereka yang menghadiri pesta itu panik dan cuba melarikan diri menyebabkan berlaku insiden rempuhan di satu-satunya pintu keluar. Kebanyakan mangsa yang maut disebabkan dipijak,” menurut kementerian itu.
Tiga yang cedera terdiri daripada pegawai polis “cuba membantu pengunjung yang terperangkap”.
Polis menahan 23 orang dan sedang mengenal pasti pemilik kelab serta penganjur pesta itu.
“KDN sedih dengan kejadian yang mengorbankan 13 orang akibat tindakan tidak bertanggungjawab peniaga dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.”